Wednesday, November 18, 2009

AKU HANYALAH SEORANG PEREMPUAN


AKU DIDDY


Aku seorang perempuan yang dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 7 Mei 1985, pada hari selasa (seingat aku la :P)
diberi nama Nurrul Izdihar bt Mohd Zain, mungkin agak sukar bagi sesetengah orang nak menyebut nama ni.
Secara ringkasnya, setengah orang menggelarkan aku nurul, iez dan diddy...
Aku berzodiak Taurus, setahu aku, orang yang bernaung di bawah bintang ini, sangatlah keras kepala, Yaa..memang aku akuinya, aku memang degil sejak kecik lagi, kata mak bapak aku, aku ni pantang ditegur...
wutevalaaa mama, abah...
heheheh
Aku cukup pantang bila orang ganggu hidup aku, aku tak kacau hidup orang, jangan sesekali menempah maut dengan aku..aku akui aku memang pendendam orangnya, memang sukar aku nak memaafkan insan yang betul-betul mengkhianati dan melukakan hati aku..
Maafkan aku, aku suda cuba untuk mempunyai perasaan empati dalam diri ini, mudah memaafkan kesilapan orang lain, tetapi hasilnya tetap sama..
aku adalah diri aku...
Walaupun aku bersikap sedemikian rupa, aku masih boleh berbangga dengan diri ini, aku adalah insan yang setia, jujur dan mudah mempercayai kata-kata orang..
mungkin itu satu kesilapan, mudah dengan orang..
aku cuba untuk jadi peramah, mesra dengan semua orang, tapi, orang selalu mengambil kesempatan atas setiap tingkah laku aku..
adilkah begitu?????
dunia selalunya begitu kan.....
bIla aku mula menyintai seseorang, sesungguhnya, aku betul-betul maksudkan dan ingin memiliki dia seumur hayat aku, tapi adilkah bagi aku, hanya seorang perempuan yang penuh dengan emosi yang tidak menentu???
Emosi juga la yang mengganggu hidup aku,
saban hari, ketidaksefahaman mula berlaku, disebabkan emosi yang tunggang langgang..
arhhggggg....penat melayari hidup sebagai seorang perempuan..
tapi, aku tetap bersyukur aku dilahirkan sebagai wanita..
Yelaaa...perempuan kan...
Hidup aku sangat simple, walaupun aku ini tidaklah fashionista sangat, tapi aku memang sangat sukakan fashion, trend, glamor, fabulous..pendek kata semua yang best-best..
tapi, tetap berpada-pada dan mengikut kemampuan, sapa yang tidak suka dibajai kemewahan kan???
huh...dunia..dunia...
Hmmm....lelaki idaman aku???
hahhahaha....
cukuplah, mengetahui agama, walaupun tidaklah terlalu alim, bagi aku bad boys memang best...sedap mata memandang, tinggi, walaupun aku ni tak cukup tinggi, adil la kan :P,
setia, jujur, not too romantik, sfull sense of humour, treate me like a princess...waaahhhh...
tapi, tak semua yang kita nak tu dapat kan??
kalau da dapat tu, aku sangat-sangat bersyukur....
kenduri 40 malam aku leh buat..hhhehehe..
Aku sangat tidak suka orang yang hipokrit, penipu, rasa semua orang benci kan??
lelaki yang selekeh, pengotor, bitch...tolonglah jauhkan diri dari aku, perampas, playboya...semuala..pesetankan mereka-mereka ini..
hehehhe...

cukuplah sampai sini. just nak cakap ini lah saya, Nurrul Izdihar, seorang perempuan yang bagi aku, agak complicated..who cares rite???
:P






Tuesday, November 17, 2009

IT'S COMPLICATED

i LOVE HIM SO MUCH, BUT I HATE HIM TOO..
WHAT CAN I SAY...I'M JUST FALLING LOVE WITH HIM...

 


Monday, November 16, 2009

 ATTENTION FOR LADIES


Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah
berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara
Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah
diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,
terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada
di dalam Kereta.

Doktor berkata bahAwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol
memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong
berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan
di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin
akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari
plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun
ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak
perempuan mengetahui ini semua.

BOY NATURE VS GIRL NATURE



 

 

Dear SAYANG....

Look, im know our relationship is getting worst rite now...i've tried to be in ur shoes, but what can i say..i am trying my dear..
i love you damn much sayang, and no matter what happen im always be with you...
we try our best, and im know my responsibilities, even though you think dis prob it is a small matter...
now i know...im scared to losing youuu..
im really-really mean it sayang....
------------------------------------------------------------------



TENSION!!!!!!!!


BYK KALI TRY UPLOAD GAMBAR....SEMUANYA XBOLEH.....
HUH..
NO MUD!!!!

Sunday, November 1, 2009

LELAKI MEMANG MACAM NI KE????


Lagi-lagi pasal lelaki,nak buat macam mane, saya ini kan perempuan, paling best pun yang dipikirkan mengenai kaum adam ni..

Sememangnya saya baru mengenali seorang kaum adam ni,  tidak perlu la saya ceritakan asal dan usul dia, tapi for the first impression, nampak dia memang lelaki yang gentleman dan budiman...huh..sape xtergoda dengan sepasang mata yang redup, hidung boleh sangkut hanger, rambut boleh mati tikus, walaupuan kulitnya tompok manggis..
ikutkan sejarah dalam hidup aku, lelaki sebelum-sebelum ini yang aku suka semua yang putih-putih belaka..tapi nampak gayanya aku sudah mengubah persepsi mengenai lelaki berkulit hitam manis ini..
dalam hati ini tetap mengakui mereka pun nampak charming...:)

Berbalik pada pengenalan dengan seorang kaum adam ni..
saya mula terpaut hati dengan perangai dia yang selamba, fun, caring, gentle, pendek kata buat kaum hawa boleh cair, secair ais krim..huh..sungguh hebat lelaki ini..
saya memang susah untuk membuka hati pada kaum adam, tetapi dengan dia, hati saya mudah terpaut (ilmu apa yang dia pakai :P)

Bermulalah satu episod, dimana kami mula membait-baitkan ayat-ayat cinta. menyusun segala nada supaya semua dunia tahu kami sudah jatuh cinta..hehehe
tiap-tiap malam, 5 ke 6 jam, tidak sah, kalau telinga tidak panas,bergayut sakan, maklumlah, tengah feeling..huhu..
Sampai la satu tahap, dimana, masing-masing, sudah mengungkap kata cinta
YAYYYYYYYYYYY!!!
KAMI SUDAH PUN BERCINTA
macam romeo and juliet...:)
Kemana saja tetap berdua, macam dunia ini kami yang punya, persetankan kata-kata orang, bahawa orang lain juga bercinta..
kata dia..ADA AKU KESAH....hahaha

Tapi.....semuanya hanya permulaan bercinta, benar kata kaum hawa dats mean,kawan-kawanku..kaum adam ni, bile da dapat apa yang dia nak, sekejap je, lepas tu, semua yang indah-indah, dia lupakan..
hurm...


Dia dah tak macam dulu, pantang merajuk, dipujuknya, saya ditatang bagai minyak yang penuh, dimanjakan dengan kasih sayangnya...
pendek kata..He's the BEST..
itu semua, pada peringkat awal...
SEKARANG....
saya merajuk ke, menangis ke..lansung tak dipedulikan..
katanya..sikit-sikit nak merajuk..
saya balik yang kena, walaupun dia yang buat hal, lukakan hati saya..
tak guna nya jantan..huh..
Dia sudah pandai lukakan hati saya, walaupun saya ni sehabis baik, tidak akan sekali-kali lukakan hati dia..

JANTAN..JANTAN..MACAM NI KE SIKAP U ALL???


Bagi kaum adam, mereka dah dapat apa yang mereka nak, means, da dapat untuk dijadikan awek, buat apa nak macam dulu lagi, janji dia aku punye..
huh..ada ke patut..
kalau awek u all sekarang lari, baru padan muka korang, barulah, masa ni, susun ayat balik, nak pujuk la konon..
haihhhh..sungguh xpaham
tak mengapalah, saya tau apa yang patut saya perlu buat supaya dia kembali macam dulu balik...
haihhhhh...
penat nak melayan kerenah kaum adam ni..sampai bila pun tak habis-habis...